30 July 2009

i miss nobody but u.



*After more than a five minutes starring at the screen. Im still lost without a words. Then I guess that's said is not easier than what Im done today.




Tolong abaikan entri di atas. Saya sememangnya dalam mood kerinduan kebelakangan ini. Rindu pada siapa? (mungkin peribahasa ini seswai ; siapa makan cili dia terasa pedas) Owh, tapi mungkin juga cili sekarang dah kurang pedas, jadi mungkin orang yang memakannya takkan terasa pedas. *Perhaps, cili paling cool ialah chills bebe, chills! ;)








28 July 2009

Brand ape OTAK kamu?

Saya:
Frust, stress, kecewa dan se-angkatan dengannya.

Puncanya, keputusan peperiksaan untuk Final Practical yang lepas dah keluar bulan lepas. Akibat dari ke-tidak-excited-kan, baru hari ni rasa nak tau keputusan sendiri. Memang seperti yang diramal, antara empat seksyen, dua seksyen aku kantoi tipis malah lebih nipis dari kulit bawang. (ok. aku tipu.) dua seksyen yang aku kantoi tu memang paling hampeh. Salah satu antara dua tu, aku cume dapat 1/3 dari markah penuh. (mesti korang konpius kan?)

Anyhow, Im so glad that some of my friends yang dulu pernah giler-giler bersama, expecially kepada best'est friends (zila, gina, sally, sha, and sape-sape lagi yang lupe nak ingat) Tahniah kepada korang yang masih meneruskan perjuangan untuk segulung Ijazah. Im so proud with you guys! All the best buat kalian semua..

*mesti korang minum pati ayam brand kan???

26 July 2009

revenge that never fallen

"menangislah jika itu bisa membuatkan kamu tenang"..

Aku menangis lagi kerana kamu. Kerana ego. Ego kamu yang tak mampu aku tepis.. Betapa cinta aku tak pernah pudar. Kerana ego. Ego kamu takkan pernah cuba untuk menghargainya..

Giler publisiti tambang murah.

Di-sebab-kan blog ini blog saya. Mari la saya me-nonjol-kan sedikit ke-ghaira-han saya. Tiada niat untuk ber-megah-megah tapi saya nak jugak bagi tau yang saya dah ber-punye. Hehe.. Saya dan dia, di-takdir-kan untuk bersama walaupun ikatan baru di-bina.

Seorang Kacak, Tak tinggi Tak rendah, Putih Berkilau, lemah Lembut, dan segala-gala-nye bagi saya. Saya suke cakap dia lelaki, untung pegi mane, mesti die ade. Ah-Ah-Ah-Ah. Inilah dia, Mr Bumble-V saya.



Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Source: own picture by J's
Dear V,
pesanan dari I, U jangan notty-notty. Jangan main kotor, I mane ade duit nak waxing U selalu, walau macam mane pun V, I tetap akan taking care kat U sampai bebile. Janji! Tak tipu. Walaupun I dah ade boyfriend nanti, I takkan abaikan U. Bak kate Mr. Hartley:
We wil never forget our first love. Bcoz U, U are my first love.
25-07-09

jantung sama hati ulam hempudu.

Ingat tak? ingat tak? ingat tak? Ingat tak pasal entri lepas? Atas pemintaan orang *awan (untuk kau Zila) aku postingkan dan berposing baik punye untuk memudahkan kes penelitian dilaksanakan. Inilah antara kesan yang tinggal dari krim waxing tu, mengikut statistik kesan luka ni cuma tinggal 86.7% sahaja. So, korang tak perlu risau (aku tetap cantik sama macam dulu..) hwahwahwa..

Photobucket Photobucket

24 July 2009

my life moving at the speed of sound

WOW. aku ade, tak kurang dan tak lebih dari tiga puluh DVD nak di tonton. Alasan untuk membuang masa. Bangun tidur lambat dan tidur semasa di tempat kerja *mengisi masa lapang. (*Booo..)

A: ko balikkan malam ni?
B: balik kot. Asal?
A: pinjamkan pirate dvd.
B: set, cite ape ko nak?
A: Ape-ape jerk! T_T

Sape tak tau pasal Encik B tu, dari dulu lagi dia support benda-benda macam ni. *nasib tak masuk 3:60, Giler Skema*. Mintak ape je, sume die ada. Latest, tak latest. So hari ni aku decide nak tengok August Rush. Recomended movie dari Encik B. Korang boleh klik sini untuk tengok trailer movie ni.



Source: Youtube - August Rush trailer (2007)

I believe in music like the way some people believe in fairy tales.. Music is a harmonic connections between all the human-being..

There’s no way to avoid saying it: August Rush is a “feel-good movie” with a bit of a fairy tale element with the story of the forlorn orphan seeking out his parents and finding a world of instant success along the way. Fans of sappy feel-good flicks should love it. It’s not tremendously deep, but it’s still entertaining despite the feeling that all of this has appeared before somewhere else. Even if the story lacks originality, at least the music is enjoyable.

*PFfftt.. Im getting my new Bumble-V tomorrow yaw!

*im fucking excited! Batakkess! haha..

23 July 2009

fool me twice

Giler meroyan agaknye semut-semut ni. Laptop pun nak *diurung nye. Nak kate manis, tuan kepada laptop nye lagi manis.. (Ehehehe..) Takpela, lepas ni, taulah nasib sesemut ni semua. Kita lenyek-lenyek sampai tak rope semut. (muahhaahaha..)

Baru sat tadi pergi Pulau Indah. Pulau nye memang Indah Kabar dari Rope. Tak serope ngan name tempatnye yang Indah. Dah la tu, sesat barat plak sampai sane, *sighh.. Nasibla Ju ni jenis penyabar, kan? kan? Penyabar kan? Pape pun thanx kat abah sebab drive kan manual yang sangat *hampeh.

Photobucket
Source: own picture by Muiz's
*Dear mister Autobots,
When will I get my dream Bumble-V?
(hopefully, tomorrow..)

Eksheli hari ni, memang super exhausted but I still have the guts to keep-on online. But, unfortunately you still doesn't exist. So, I guess, Im done missing of you. Im so tired, helpless. and heartless.

22 July 2009

solar eclipse

; )

Im wroting an anti love song. Hopefully rite now. Wanted to writing with full of depression, frustration, bus-station and so on.. Giler. Jiwa kacau.

Hari ni dunia menyaksikan gerhana. Bukan gerhana ska cinta tapi gerhana ska matahari. Walau mcm mane pun, saya semakin konpius antara gerhana bulan dengan bintang matahari (geografi dah berkarat) but what Im trying to say is (aicecehh.. dlm omputihnye ialah) solar eclipse. And this are the picture that I cut and paste from Yahoo-ing just now. *cute kan? macam gothic.

So far, hanya tiga negara je yang dapat tengok gerhana ni dengan jelas. India, Jepun dengan China. So pada korang yang mendongak tu, jangan la rase tertekan sebab negara kita memang tak dapat tengok dgn jelas.. *jerebu.

21 July 2009

dot-dot merah

Hari ni satu badan naik merah-merah, gatal-gatal, miang-miang.. Kalau saya mati sakit, korang tau la ape sebabnye.. (mungkin demam tercampak atau denggi) *ooo tidak..

Sebelum ape-ape Ya Allah, tolonglah sembuhkan luka kat ujung bibir manis saya ni dulu... (ahakk.. manis ke?) yang penting, kalau jumpe dokter, xde la kene soal siasat (*kenape mulut awak nih?..) aduyai.

Minggu ni pun dah banyak beransur kalau tak, permukaan kulit muka ni macam kene tumbuk, bengkak. Masa first day kene, rase macam kene acid, pedih, panas. Sakitnya rasa nak giler (huhu..padan muka!) Krim ni, eksheli ialah waxing. Waxing untuk facial. That means saya boleh pakai kat area muka.

Bukan kali pertama guna benda ni, dah banyak kali dah, cume satu hari tu, lupe nak cuci cepat-cepat (atas kecuaian sendiri). Tetibe rasa macam kene sengat, tengok-tengok permukaan waxing tu dah merah.. Memang sakit giler. Dah la tu kene kat area mulut, memang kelakar. Siap kene tegur, "Ju, kenape mulut kau ada misai?".. (panasss je ati dengar..)

Aku pun redha je lar ngan ape yang menimpa walaupun ari berkenaan tu merupakan ari persandingan sepupu. Esoknya, bertambah teruk lagi sebab dah jadi bengkak tapi atas sifat penyabar, akhirnya sakit tu hilang jugak tapi skarang ni masih tinggalkan kesan lagi.. bak kate angah, macam kene panau allergic!

20 July 2009

beli nombor?

wah.. wah.. wah.. sejak bile pandai beli nombor ni? huhu~ Nak beli nombor ni kene banyak pakai duit, lagi mahal hang bayar, lagi cantek nombor hang dapat. Tenks banyak-banyak kat abang tersayang yang banyak memerah keringat(*byk ke?) tolong bergadai masa membeli nombor kat JPJ nun jauh di Padang Jawa tuh. (Hah? Jauh tu.. kat Jawa taw. hehe..)

Ni kes 2 tahun lepas, masa guna keta abah, abah pun guna nombor yang sama. 6595. Tgh dan nak isi minyak kete, datang sorang cina tua tegur "lu nombor manyak ong woo.. semalam itu nombor angkat sepuluh libu".. Tak sangka tu.. aicecehh.. Kalau la aku yang kene.. Perhh.. *enjoy giler tak hingat dunia.. huhu~

Tak lupa jugak tahun lepas, aku penah gatal-gatal beli nombor. Tapi bukan aku beli, amah cleaner tu tolong belikan. Mase tu plak tengah hot main nombor sebab Lim Goh Tong mati tapi aku pun tak tau ape kene mengena Lim Goh Tong mati dengan nombor, sebab amah cleaner tu yang promote, "lu angkat satu nombor, waa kasi bili, mulah2 punye, angkat satu linggit kalau kene, lu untung satu libu pun boleh maaa"..

wahahaha.. Tak sangka aku boleh terpedaya ngan benda-benda macam ni tapi bagi aku ni semua la pengalaman kehidupan, kalau boleh semua nak try. Jangan sampai lupe halal haram sudah (aku tak ok?) Hah, ni tak cite lagi kes sorang apek mati kene langgar kat depan kedai nombor. Lagi seram.. aishh.. nanti la sambung, kene pegi keje la..

19 July 2009

week ends.

Berakhirnya minggu lepas. Esok bermula lah satu titik lembaran baru dalam kehidupan baru. Hari baru dalam minggu baru, masalah baru dalam situasi baru, tekanan baru dalam perasaan baru. Macam-macam lagi perasaan yang boleh dikongsikan. Yang penting, diri kita yang melalui semuanya tu.

Hebatnya aku sebab masih boleh bertahan bagi menempuhi hari-hari seterusnya. Ada kalanya terasa seperti ingin terus pergi buat selama-lamanya, tinggalkan segala yang hidup dan kembali pada yang Maha Kuasa..

*rase nak suicide.

hey monday!

Hati berbunga-bunga mekar nak teruskan blogging. Rase exited tengok blog orang lain and I love all my Blogmates. Blog-blog diorang memang best and aku dah follow blog diorang since aku belum wujudkan blog ni. Cume masa tu belum dapat ilham untuk teruskan blogging..

Kalau time sekolah dulu, aku paling benci hari Ahad sebab esok, Isnin dah nak kene sekolah. Sekolah kan tak best?! Haha.. Terus-terang, malas giler nak pegi sekolah. Tengah lepak-lepak, sunday mood. Tetibe teringat kan kasut sekolah tak cuci lagi, baju tak gosok lagi, keje sekolah? haram.. Tak sentuh pun.. Dapat add math. Perhh.. memang malas. Pastu malam la kemuncak segala-galanya ( cehh.. mcm AIM plak!) time nak happy-happy nak tgk tv, nak kene wat homework, nak kapur kasut, nak gosok baju..

Hah? Tak ke leceh tu? Haaa.. takpe takpe takpe.. Sekarang ni la time paling nikmat. Haha! hari ahad la, hari yang boleh pegi saloon, cuci rambut, blk.. nak gi jusco pastu lepak jap, lame tak gi fitness.. Wahhh.. without skool, everyday is a HOLIDAY! Jgn jeles!!!

untitled.



I am what I am
and how I wish
I am not who
I am.

That's why,
Its
Easier to Said Than Done.
Because
I said & never done.

18 July 2009

Glory glory Man Utd! and the reds go marching on..

source Flikr; how I wish you were here, buahaha..

Tak exited pun. Haha. Aku bayangkan yang di padang itu Cristiano Ronaldo. Pasti meremang bulu roma.. huhu~ Baru la semangat nak bagi support lebih skit! anyhow, a big congrats tu our team yang tak berjaya menewaskan pasukan Man Utd (*agak dah..)tapi tetap bagi perfomance yang menarik petang tadi. Tgk? aku tetap sokong Malaysia. kn? Malaysia Boleh!!

17 July 2009

how I wish

They just wake me up to have some nice breakfast. *

From far, I heard they called my name. And I wish I could say "Tolonglah! Why can't you guys bangun sendiri and make yourself a breakfast!" haha.. I wish.

Bangun terus ke toilet, gosok gigi sambil **. Then I wish I had a life too. Dah lama tak ke gym. Ok. Stop wishing. So, hari ni aku figure untuk mencuba menu beru besides roti bakar dengan kaya pandan.

So, saya dengan harapan menyediakan menu baru ala french cuisine yang baru ditonton semalam kat chanel asian food chanel, pg 713. Nama resipi nye *sweet onion toasted scramble. Perhh.. panjang nak nyebut. Dalam bahasa melayu nye pulak.. roti bakar bawang putih dengan telur hancur.

Sedap memang sedap. And I wish abah would say the same thing. And how I wish until dia cakap. "Tak sedap la, bau bawang putih"..

******* The reason I wrote this, because..
why can't I just done what I wish for to-day???

16 July 2009

walker stalker

What in a world do you think I am? No way Im going to stalk you. If you think I have a problem of stalking you. Tolonglah, I dont have that much time.

Tak sia-sia usaha selama ni, akhirnya aku kene admit yang memang-dah sepatutnya aku tinggalkan dia dengan kenangan. Jadi orang yang tabah pun tak guna kalau asyik rebah. Hidup tak berkeputusan, memang buat serabai otak.

15 July 2009

Happy 10th to the Yellow Fellow

Kepada Encik Sepan Kuning. Selamat ulang-tahun ke 10. Tolong jangan hidup lebih dari tu. *Life is a Bitch.

Pathetic!
I saw a little tiny fucking creature yang aku paling benci seumur hidup. Sumpah, benci giler. Kepada kamu, Cacing kecik! Dari mane kamu datang? Tahukah kamu itu sangat meng-geli-kan? EEEEEEEEEeeee!!!!!


Owh. Malam ni banyak makan. Kek Keju New york, sedap. Nasi lemak? banyak lauk. Pun sedap jugak. Esok janji, Insyaallah nak puasa. Seorang lagi meningkat usia. Tahniah. Selamat Hari Tua buat kamu.

*Please, dont tell her.
Hebatnya kamu kerana tidak berperasaan. You are now officially successful, make me. Hate you. As much as you want. Puas hati?

14 July 2009

bila hari menjadi haru.

Haru rasa nye. Bukan terharu, tapi haru. Atau lebih fakta bile ayat nye digabungkan, haru dengan biru. Maka jadilah perkataan. Haru biru.

Pinjaman 5k belum bekeputusan, esok nak pergi menabung buat hari tua. Janji pukul 10pg depan pejabat KWSP. Haihh.. pakcik-pakcik kat sane memang gelojoh. Ini simpanan utk siape sebenarnye ni?? **

Perhaps, kalau tak payah kerja

Hari ni kate nye nak pegi kerja awal sikit sebab memang selalu tak penah punctual pun. Tetibe plak hujan rahmat membasahi atmosfera, terasa malas untuk bekerje. Mengantuk sebab sejuk. ZZZzzz.. Tolongla bagi 5 sebab, kenape kene kerja?

5?

13 July 2009

part of the list untuk hari ni

Saya janji hari ni nak jadi orang yang tabah, saya taknak menangis lagi, saya dah penat menangis tapi malam ni, saya rasa saya kene nangis jugak. Sebab itulah hobi saya. Menangis. Weird kan?

Tinggalkan cite-cite weird tu. Sepatutnya aku kene type kan surat pembatalan insuran kereta lame ni, tapi malas punye pasal, aku tipu abah kate printer rosak, pastu semalam black out pulak, dan2 baru nak menaip. Takde jodoh la tu. *sori abah, ju tepaksa tipu sunat. Haha.

Semalam duk ghairah nak tolong mengidang lauk utk dinner sampai teseliuh jari kaki yg paling ujung tu, harini bangun pagi dah sengal-sengal tak boleh nak jalan tegak-tegak. Pagi-pagi bangun kene siap nak gi Perodua Andalas, sampai je kat simpang andalas tu, semua motor, kete aku nak langgar.

Bukan nak mengadu, tapi semua salah abah jugak. Cakap je la, andalas atas sikit, aku punye kabut sampai dh tahap berani mati. Kesian motor blakang tu kene double suicide sebab aku potong kek kat tgh2 line, aishh.. sumpah aku tak penah buat macam tu.

Hah!! Lupe-lupe..

aku nak wish kat Black walaupun aku tau, Black tak tau pun aku wish kat die. Tapi tak pe, aku nak wish jugak kat die. Tahniah sebab menang 100k tu, I know U deserve it better than cat tu (chat ke, chuck ke, ape ke, *aku tak amik tau sbb kau protoge ajai) and aku benci ajai sebab die tetap dapat second place. Benci nye..

Untung aku sebab tak dapat tengok ending Mentor final, TNB tetibe bagi black out, kalau tak, mesti benci tengok muke ajai yang riak tu. Walau mcm mane pun, tekilan sebab tak dapat tgk Black patahkan rotan sakti tu. Kesian Black.

Hari ni bil TM net plak sampai, tak sangka dah dua bulan tetunggak, baru ingat nak korek tabung tapi lupe, skarang dah tak pakai tabung lagi. Sekarang dah canggih, dah tak payah korek-korek, pegi mesin withdraw, tekan-tekan je dah keluar, tu pun kalau keluar, kalau tak keluar, mcm mane? Sape nak jawab?

Abah pun tak leh jawab sebab die tau, asik keluar je, masuk nye haram. Kesian aku. Kete idaman dah nak keluar lagi bape hari, down payment dah selesai, tinggal nak tunggu rebate je. Bile la tu gamaknye. Hari-hari hidup tanpa kereta, mustahil kan? aku sendiri pun tak caye. *Thanx abah, belikan keta.. tp tlg bg cpt sikit ye. Haha..

12 July 2009

Mentor la sangatt..

Ajai suara macam cibai. Hahaha.. Mentor pebende kalo macam tu? Weh, malu aku nak dengar la!! muahaha.. Aku exited ni, aku tak penah tengok mentor selami ni, kalau tengok pun, hinggap-hinggap je.. Tak pe la Ajai, aku maafkan suara kau tu.. Hahaha..

Aku macam dah tersuke je kat si Black tuh? ahaha.. tengok muke die tu, mcm teringat kan kat seseorang, perhh.. tetibe lak aku ni.. Haha.. Oklah, i cheer for Black la. All de best to U, aku tau kau deserve 100 ribu ringgit tu sebab asik kene rotan je. Boleh pulak rotan2 anak orang? Pelik la kau, Mas Idayu?

Kalau bab kene rotan ni, aku teringat mase kecik dulu. First time aku kene rotan (gune penyangkut baju, besi tu beb) sebab aku gaduh ngan kakak aku yang betuah tu, aishh.. ingat sangat. Tah pehal ngan mak aku aritu, tetibe naik rotan plak, mcm tak biase plak tengok aku gado2 anjing.

Kali kedua aku kene rotan sebab tak balik umah, sibuk duk ghairah main bowling kat klang parade, dan2 nak carik bas plak macam haram, mendapat la balik umah pun ape lagi, huhu.. dengan bapak kalau kene rotan, memang takde maafla.. Hah, itu je. Dua kali je aku kene rotan. Tak lebih dari tu. *baik tak aku? Haha..