31 May 2009

craving for blogging 99.9%

love Pictures, Images and Photos

Aku create, delete, create blk pastu delete balik. Huh, ni je la keje nye. last aku create balik blog ni guna id baru. I donno actually what I want, what I need and what I wanna do. Sometimes, to understand yourself is more difficult than to understand someone else. Aku terasa nak bebelog balik sebab most of the time, aku memang jarang sharing probs kat sesape, and Im hoping by blogging, some of my ketensyenan akan release.

Baru kejap tadi aku selesai solat istikharah, entah kenapa lately ni aku rasa macam tak sedap hati dan alhamdullilah, aku dah banyak berubah. Aku rasa jiwa dan perasaan aku semakin tenang setelah aku mendekatkan diri dengan Allah SWT. Correction ye, sebenarnya dulu aku bukanlah jahat pun tapi cuma kurang bersujud, kerap tinggalkan solat dan sering amik ringan dengan perintah Allah SWT.

Lama kelamaan, aku sendiri dapat rasa kan jiwa aku semakin kosong, kosong dan kosong. Kalau diikutkan, parents aku paling taat dalam menjalani perintah Allah tapi entah kenapa aku liat sangat walaupun petunjuk dan pendorong aku ade depan mata. Mungkin dari segi enviroment nye, aku lebih condong pada yang negatif. Sering terikut-ikut dengan hasutan syaitan dan kepuasan nafsu semata-mata.

Pertama kali dalam sepanjang 20 tahun aku hidup, baru kali ni tergerak hati aku untuk lakukan solat istikharah. Bukan kerana ape tapi aku cuma inginkan kepastian. Kepastian yang tak akan pernah aku ketahui kecuali Allah SWT. Siapalah aku untuk mengetahui hati dan perasaan seseorang itu melainkan dengan izin Allah SWT.

Bak kate pepatah. Cinta itu buta, sampaikan manusia sanggup jadi buta demi cinta.. dan aku tak pernah jatuh cinta selama ni tapi rasa itu mungkin. Rasa dan Cinta itu adalah dua perkara yang berbeza, rasa aku pada lelaki lain mungkin ramai tapi rasa cinta pada aku, hanyalah buat dia seorang..