08 September 2009

Sirmabok.

What in a Hell Heaven bile kene balik kampung sendiri, menjamah tidur di atas toto berbantalkan bantal tak tau dari mana, sakit badan-badan bile kene memandu lebih dari 200km dengan kelajuan tak boleh lebih dari 130km/j. Entertaining sangat bile cume dapat tgk siaran RTM dengan Media Prima je pastu dapat hirup udara segar dari rumah jiran sebelah.. Keluar rumah tgk semut beratur panjang-panjang, bile bosan kene tidur tapi bile lapar tak boleh makan sebab puasa. Best giler barbie dapat balik kampung tanah tumpah darah ibu bapaku.. Insyaaallah, Raya saya kene datang lagi!!!



Jangan tekejut. Kampung aku ade Ferris Wheel macam kat London. ;D Aku tau kampung korang takde, kan? (tu die nak riak) Oh, lupe. Aku tak nak naik sebab tetibe ghayat macam jakun. ;P Yang best kampung aku, kampung korang takde.. Jadi nak bangga sikit kalau datang kampung aku jangan lupe pergi naik Eyes of Melaka, putar-putar dalam kotak kecik pastu naik Menara Taming Sari sampai rasa nak muntah akibat kekurangan daya graviti, membeli belah di bawah Dataran Pahlawan (lebih hebat dari Dataran Merdeka) pastu naik bot jalan-jalan tengok Kampung Mortton dari atas sungai, naik beca pegi Bangunan Merah tengok replika benda-benda silam dari zaman Belanda dan Portugis.

Sebelum tu, siapa nak datang sini kene lulus subjek sejarah. Kalau tak, tak de maknanye korang datang Melaka kalau tak tau asal usul Sejarah Melayu. Berpijak la di bumi yang nyata, walaupun sangat ketara Melayu semakin layu tapi semangat Hang Tuah mesti diteruskan. Takkan Melayu hilang di bumi! (eceh, semangat plak tetibe) ;D

1 comment:

  1. semangat patriotik tu jumairiyah..macam tu la bagus...kena tanamkan pada anak2 nanti..sejarah mestilah dipelajari dan bukan untuk dilupai kerana kerana sejarahla adanya hari ini..

    ReplyDelete

Thanks if u comment. If not? No thanks.