03 August 2009

Percubaan buat kali kedua dan terakhir.

Aku nak post dalam keadaan bengang hari ni, bengang giler, giler giler bengang, memang bengang, bengang sangat-sangat dan betul-betul bengang.

Lupa nak ucapkan terima kasih atas nasihat anda. (*anda ialah orang yang menasihatkan tu) sebab dia nasihatkan aku untuk cuba sekali lagi waxing tu, dia kata "kau cuba, kalau sama jugak hasilnya, tak payah guna lagi"..
Masalah nya skarang, aku balik terus cuba waxing tu skali lagi.
Hasilnya, sama jugak. Sakit giler macam dulu jugak, macam kene sengat
*Aku nak jerit skarang ni* sakit giler babi. (*tolong abaikan penggunaan bahasa kali ni) Nak marah tak boleh sebab aku jugak yang mintak pendapat dia. Cuma kali ni aku harap tak tinggalkan kesan macam yang lepas.. *Shyytt.

Hari ni makan malam di-taja, so sememangnya tak boleh nak menolak. (*rezeki jangan di-tolak, musuh jangan di-cari, kan?) ceiytt! Musnah lagi harapan untuk berdiet hari ni.. tapi takpe, best giler dapat makan pizza. Bukan domino's pizza tapi Papa's John kot. Tak sure name kedai nye tapi korang boleh try kat AEON Bkt Tinggi.

Aku promote kan sebab kedai ni dia baru bukak kat situ. Layanan pelayan-pelayan nye pun not bad, banyak kitorang dapat free selain dari pizza free. Untung tau, beli satu dapat satu free, beli dua dapat dua free, kalau beli tiga aku tak tau dapat free tiga jugak, ke tak. Korang tanye la sendiri..

Haha. Sebenarnya aku malas nak ceritakan pasal ni tapi atas permintaan orang *awan. (hah? sape tuh?) hehe.. Aku tepaksa jugak ceritakan kat sini. Bukan nye ape, I malu la U. Hee.. ;)))

Ini cerita last week. Ari ape? Berapa ari bulan? (jap.. aku lupa dah*;))) mungkin hari Khamis kot, jam berapa? (jap..;))) Mungkin tak lebih, tak kurang, dalam jam 11 pagi kot. Sebab waktu tu aku memang rushing nak pergi keje tapi kali ni lain sikit sebab aku kene pegi dokter dulu.
Nak di-pendek-kan cerita, dalam perjalanan pulang dari klinik tu, aku kene tahan dengan polis trafik. So tanpa rela hati aku di-suruh ke tepi. *Uhuu..huu.. Giler cuak time ni, Muiz kat sebelah tengah sebuk-sebuk nak tarik sit belt.. Tak pasal, dia kena marah ngan aku.. "tak payah pakai la, tak sempat dah!".. Haha.

..giler kejam, lepaskan geram kat budak kecik*

Lepas tu abang tu mintak lesen memandu (*abang tau! chomel dorhh.. hehe;)) tapi aku tekeluarkan ic plak, alamak ai.. Tersalah pulak. Pastu dia tanya, "kenapa tak pakai tali pinggang keledar ni?" aku jawab, "hehe..saya baru je kuar umah ni, tak sempat nak pakai".. dalam ati (*jangan harapla nak pakai..) So, tanpa segan silu, abang pulis yang chomel tu pun, dah siap sedia ngan pen ngan ketas..

Kata dia. "saya bagi saman ye?".. (*alah manja nya, kalau saya taknak buleh?) "saya saman atas kesalahan memandu tanpa memakai tali pinggang keledar".. (*giler cuak muka ku.. *muka kesian* ;)) "takpe, saya bagi dalam masa sebulan untuk awak bayar".. (*sekali lagi. Giler hape polis ni? sebulan tu bukan setahun dol, sebulan tu macam sehari je. Ngok!~)

*Reaksi muka aku masa tu, senyum lagi ni ;)) dalam hati dah nak menangis (*giler hape??? mane nak korek tiga ratus?? kalau tiga puluh takpe jugak!) *loan kereta pun dah nak kene bayar sendiri bulan depan, tak boleh jadi ni, aku mesti kene pujuk abang ni.. *pujuk ok?. *Bukan bagi duit kopi macam orang lain. *Tak main la rasuah-rasuah.

Nak tak nak, aku kene la aplikasikan jugak suara manja aku. (*huuhuu.. aku tau, geli sikit tapi takpe, korang anggap la ni kes darurat, yer?) So, dengan *manja aku cakap "jangan la saman saya, untuk kali ni tolonngglahh bagi amaran dulu, siyes, saya tak pernah kene tahan pasal tak pakai tali pinggang, ni first time".. (siyes, aku dah nak menangis. Giler touching dorhh ;)) hee* dari mana aku dapat idea nak ckp mcm tu pun, aku tak tau..

Lepas tu, tak sangka dia lepas kan. Mula-mula konfius jugak sebab nampak macam dia dah start nak tulis-tulis, pastu dia cakap "takpe la, lain kali jangan buat lagi".. Hah? Siyes aku blur time tu tapi nasib baik aku sempat cakap time kasih.. T_T Untung dapat abg polis muda* Cair jugak kamu dengan saya.. T_T

Itulah cerita nya. Panjang kan? Tu sebab aku malas nak cerita, kalau aku type, mau makan dua hari. Macam ni la, lagi brape jam je dh nak betukar hari. Sebelum telambat, baik aku publish dulu. Nanti baru edit. Ok? Bye~

No comments:

Post a Comment

Thanks if u comment. If not? No thanks.