23 August 2009

Ramadhan Datang Lagi


Tengok semua orang nak post pasal Ramadhan
.
Jadi, aku dengan hectic nya nak ucapkan jugak 'Selamat Berpuasa' kat semua umat Islam. Yang tak beragama Islam tu, agak-agaklah sikit kalau nak meneguk minuman depan aku ye sebab semalam ade amoi tu dan-dan nak minum jugak kat sebelah aku, tak menyabor betul. Ape yang best pasal Ramadhan ni banyak sangat cume kite je yang tak nampak. Yang nampak nye cume bazar-bazar Ramadhan yang Bizzare, pastu shopping baju raya, kueh raya, nasib baik antu raya tak masuk dalam list. Ish Ish..

Semalam sebab semangat Satu Ramadhan, aku dengan rela hati pergi masjid untuk menunaikan terawikh, sempat jugak cuci mata tengok ragam manusia. Memang meriah masjid semalam kalau nak ikutkan tapi jadi lagi meriah bile tengok ramai-ramai balik lepas 8 rakaat. Baru aku tau, macam tu rupe nye terawikh.. Aku pun ikut balik la. Haziq dah gedik-gedik nak miss called, ape la punye budak. Tenaga ada tapi saving nak buat lebey. Takpe la, aku sendiri pun dah tak leh kontrol, time tu la selsema nak hinggap-hinggap. Karang ade plak yang pandang kerek, ingat H1n1..

Untuk minggu pertama dalam Ramadhan ni, I akan berpuasa without Abah and Umi. Rindu giler sampai nangis ter-esak-esak. Ini scene paling kene kaver bile nak buat tapi itu hari sudah tak boleh kaver la. Macam mane boleh telepas ni? Hehe.. Saje nak manja-manja ngan kamu. Nasib baik kene pujuk, kalau tak, nak nangis jugak sampai kamu pujuk. Hehe.. Rindu Rindu!!

So, akhirnya semalam dapat call dari Tanah Suci Mekah, baru la ni mereka nak call, memang tak patut tapi tak pe, yang penting mereka sihat. Ohh. Rindu nye saya..

La ni baru pukul 2:57 ptg, perut belum berape nak gelodak tapi aku dah siap-siap nak planning nak buke ape. Yang penting, bukan manis-manis. Rasa macam nak makan pedas-pedas tapi orang tua-tua kate elok makan yang manis-manis dulu. Emm? makan kurma je ok kot atau papaya yang aku beli smalam. Lain-lain, aku terfikir nak buat sardine roll sebab itu hari sebelum puasa, aku beli banyak roti buku. Bazir je kalau di biarkan luput..

Akhir kata, sempena bulan yang mulia ni, aku rasa lebih baik bersederhana je. Syaitan memang la dah kene kuarantin tapi nafsu? Nafsu ni yang susah sikit. Kalau yang makan diajar takpe, yang tak makan? yang nak makan smoothies, brownies.. mane nak dapat bulan puasa ni? Hah? Betul tak? Kan dah lapar dah. Baru je sebut, belum tunjuk lagi..

No comments:

Post a Comment

Thanks if u comment. If not? No thanks.